Privacy Policy
Dasar privasi untuk pelanggan nakprint.com.
nakprint.com | Dikendalikan oleh Originald Legacy (IP0539997-V)
Dasar Privasi nakprint.com
Tarikh kemas kini terakhir: 2 Julai 2026
Kami komited mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] (PDPA) Malaysia serta pindaan yang berkuat kuasa dalam pengurusan data peribadi pelanggan.
- Pengenalan. Dasar privasi ini menerangkan bagaimana nakprint.com mengurus maklumat pelanggan yang berhubung untuk servis print, fotostat dan scan.
- Pengumpulan data peribadi. Kami mungkin menerima nama, nombor telefon, mesej WhatsApp, alamat email dan maklumat order yang diberikan oleh pelanggan secara sukarela.
- Tujuan pemprosesan data. Maklumat digunakan untuk menyemak file, mengira harga, memproses order, menghubungi pelanggan dan menyediakan servis yang diminta.
- File dan dokumen pelanggan. File yang dihantar melalui WhatsApp hanya digunakan untuk tujuan semakan dan cetakan order pelanggan.
- Bayaran. Maklumat berkaitan bayaran hanya digunakan untuk mengesahkan transaksi order. Jangan hantar maklumat sensitif yang tidak diperlukan.
- Kerahsiaan dan pendedahan. Kami tidak menjual data pelanggan kepada pihak ketiga. Maklumat hanya dikongsi jika diperlukan oleh undang-undang atau untuk menyelesaikan urusan servis.
- Penyimpanan dan pemadaman file. File cetakan pelanggan akan dipadam daripada simpanan operasi selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas order selesai atau diambil. Rekod transaksi dan maklumat asas order tanpa kandungan dokumen mungkin disimpan lebih lama untuk tujuan operasi, perakaunan atau keperluan undang-undang.
- Keselamatan data. Kami mengambil langkah munasabah untuk menjaga maklumat pelanggan, namun pelanggan juga bertanggungjawab memastikan file yang dihantar adalah betul.
- Hak pelanggan. Pelanggan boleh menghubungi kami untuk bertanya, membetulkan atau meminta pemadaman maklumat tertentu jika masih berada dalam simpanan kami.
- Persetujuan. Dengan menggunakan website, WhatsApp atau servis nakprint.com, pelanggan dianggap bersetuju dengan dasar privasi ini.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan privasi, hubungi kami melalui email [email protected].
