Terms & Conditions

Terma ringkas supaya order jelas dari awal.

Terma ini terpakai untuk pelanggan walk-in dan order online melalui WhatsApp.

Terma & Syarat nakprint.com

Tarikh kemas kini terakhir: 2 Julai 2026

  1. Skop servis semasa. Buat masa ini nakprint.com menyediakan servis print A4, fotostat A4 dan scan dokumen A4 sahaja. Servis design, binding, tape binding, spiral, hardcover dan finishing lain belum tersedia kecuali dimaklumkan kemudian.
  2. Harga final. Harga yang dipaparkan di website ialah rujukan. Harga final akan disahkan selepas kami semak file, jumlah muka surat dan jenis cetakan sebenar.
  3. Minimum order online. Minimum order online melalui WhatsApp ialah RM2.00. Walk-in untuk cetakan kecil tetap diterima.
  4. Bayaran dahulu. Untuk order online, cetakan hanya diproses selepas bayaran diterima. Payment details akan diberikan selepas harga disahkan.
  5. Semakan file. Pelanggan digalakkan menghantar file dalam format PDF untuk mengurangkan risiko layout berubah. Pelanggan bertanggungjawab memastikan file, pilihan hitam putih atau warna, jumlah salinan, page range dan arahan print adalah betul sebelum bayaran dibuat.
  6. Kesalahan file atau arahan pelanggan. nakprint.com tidak bertanggungjawab terhadap kesalahan ejaan, susunan, kandungan, format asal, pilihan cetakan, jumlah salinan, page range atau arahan print yang diberikan oleh pelanggan selepas order disahkan atau dicetak.
  7. Pembatalan, refund dan cetak semula. Order tidak boleh dibatalkan atau dipulangkan bayaran selepas proses cetakan bermula. Jika kesilapan cetakan berpunca daripada pihak nakprint.com, pelanggan perlu memaklumkan semasa collection atau dalam tempoh 24 jam untuk semakan dan cetak semula tanpa caj. Kesilapan pada file atau arahan pelanggan tidak layak untuk refund atau cetak semula percuma.
  8. Order urgent. Order urgent tertakluk kepada queue, jumlah muka surat, jenis cetakan dan waktu semasa. Kami akan maklumkan jika tidak sempat diproses.
  9. Waktu operasi. Operasi adalah Isnin hingga Sabtu, 12:00 tengah hari hingga 11:30 malam. Ahad tutup kecuali dimaklumkan sebaliknya.
  10. Hak menolak order. nakprint.com berhak menolak order yang tidak jelas, tidak lengkap, melibatkan kandungan tidak sesuai atau tidak dapat diproses mengikut kemampuan operasi semasa.
WhatsApp