FAQ
Soalan ringkas sebelum print.
Kalau ada soalan lain, WhatsApp terus. Kami akan semak file dan confirm harga final sebelum print.
1. Apa servis yang nakprint.com sediakan?
Buat masa ini kami sediakan servis print A4, fotostat A4 dan scan dokumen A4.
2. Boleh print lewat malam?
Ya. Kami beroperasi Isnin hingga Sabtu, 12:00 tengah hari hingga 11:30 malam. Ahad tutup.
3. Di mana lokasi nakprint.com dan landmark kedai?
Kami berada di dalam Originald Vaporverse, 95, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak. Landmark mudah: sebelah Restoran Nasi Kandar Bharkat dan Kopi Saigon Taman Cempaka, berhadapan Stesen Minyak Caltex.
4. Boleh hantar file melalui WhatsApp?
Boleh. Hantar file dulu, kami semak jumlah muka surat dan confirm harga sebelum print.
5. Perlu bayar dulu ke?
Ya. Untuk order online melalui WhatsApp, cetakan hanya diproses selepas bayaran diterima.
6. Ada minimum order online?
Ya, minimum order online ialah RM2.00. Untuk walk-in, cetakan kecil tetap boleh.
7. Format file apa paling sesuai?
PDF paling sesuai kerana lebih mudah semak page dan format biasanya lebih stabil untuk print.
8. Kalau saya salah bagi file atau arahan print?
Kami akan print mengikut file dan arahan yang pelanggan sahkan. Sila semak file, jumlah salinan, pilihan hitam putih atau warna, page range dan arahan lain sebelum bayaran dibuat. Kesilapan daripada file atau arahan pelanggan selepas disahkan bukan di bawah tanggungjawab nakprint.com.
9. Ada servis binding, spiral atau hardcover?
Belum ada buat masa ini. Kami hanya fokus pada print, fotostat dan scan dahulu.
10. Kertas apa yang digunakan?
Kami gunakan kertas A4 80gsm untuk hasil cetakan yang lebih kemas dan solid.
