About Us

Servis printing local untuk student dan orang Taman Cempaka.

nakprint.com ialah servis print, fotostat dan scan A4 yang beroperasi di dalam kedai Originald Vaporverse, berhampiran Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Tentang nakprint.com

nakprint.com ialah servis print, fotostat dan scan A4 di Taman Cempaka, Ipoh. Kami fokus kepada servis asas yang paling kerap diperlukan oleh student, pekerja dan pelanggan harian: print dokumen, scan dokumen dan fotostat.

Lokasi kami dekat dengan Politeknik Ungku Omar (PUO), jadi nakprint.com sesuai untuk student yang last minute nak print assignment, nota, borang atau dokumen penting. Untuk order yang nak cepat, pelanggan boleh hantar file melalui WhatsApp dahulu. Kami semak jumlah muka surat dan jenis cetakan, confirm harga, kemudian proses selepas bayaran diterima.

nakprint.com dikendalikan oleh Originald Legacy (IP0539997-V) dan beroperasi di dalam kedai Originald Vaporverse, 95, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Perak.

Direction kami

Kami nak jadikan nakprint.com sebagai tempat printing mudah, jujur dan senang dicari untuk kawasan Taman Cempaka. Bukan semua orang perlu servis printing besar-besaran. Kadang-kadang customer cuma perlukan satu benda: file siap, print cepat, harga jelas, datang collect.

Servis semasa

  • Print A4 hitam putih dan berwarna
  • Fotostat A4 hitam putih dan berwarna
  • Scan dokumen A4
  • Kertas A4 80gsm untuk hasil yang lebih kemas

Servis akan datang

Servis design, binding, tape binding, spiral dan hardcover belum tersedia buat masa ini. Kami akan tambah secara berperingkat bila operasi printing sudah stabil.

WhatsApp